By: noraini ali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Dec-2008 06:14 Email | Share | Bookmark
STRAWBERRY CHEESE CAKE

 
 
 
Ni la 1st time sy cuba buat cheese cake. Dulu bila tgk FP rkn2 yg terror msk, amboiii jelesnya. Pndai btl la diorg ni wat cheese cake ye. Tkot nak m'cuba sbb tkot klau x jadi nnti, pnt je yg dpt tp bila jenguk FP Kak Rinn, mengancam btl la tgk gambo s'bery cheese cake yg dia buat tu . So last week, balik je dr keje, trus cuba buat. Tp d sbbkan s'bery filling x de so kita gntikan dgn blueberry filling yg mmg ada stok kat dlm esbox. mmmm...t'agak2 juga masa nak buat tu, tkot kek x m'jadi tp alhamdulilah nampknya jadi juga . Then sy bwk sket ke pej & bg kwn rsa, diorg komen katanya kek sedap & lain kali leh la wat lg Buat linda, "bila plak nak cuba wat cheese cake ni" .

TQ so much buat kak rinn coz sudi b'kongsi respi
so kat bwh ni kita just cut&paste je la ye respinya ,

STRAWBERRY CHEESE CAKE - resipi dr Kak Rinn fp
Sumber : Chef Alex Goh

Bahan-bahan:
Dasar kek:

180gm biskut marie
100gm mentega, dicairkan

* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit or so.

Isian kek:
250gm cream cheese
40g gula halus

30gm tepung gandum
3 biji kuning telur
150gm yogurt asli

3 biji putih telur
60gm gula halus

200gm inti strawberry (Strawberry filling)..kita gantikan dgn blueberry filling

Cara-cara:
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati.
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin.
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula
dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.
6. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi.
Kemudian tuangkan adunan cream cheese.
7. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan.
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. Hias ikut citarasa.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net